Saturday, 26 November 2011

Topik Piktograf

3 comments:

  1. Set induksi yang bersesuainyan dengan tajuk dan agak menarik. Guru menggunakan pengetahuan sedia ada murid atau melibatkan situasi harian murid. Namun guru masih lemah dalam Teknik peyoalan kerana guru menyoal pelajar secara kelas dan bukan individu. Pelajar juga menjawab secara kelas dan menjadikan sesi pengajaran agak bising.
    Abm menarik dan berwarna tetapi tidak di khususkan. Bila dikhususkan guru menggunakan gambar yang menarik tatepi lebih baik jika dibesarkan dan dijadikan kad imbasan. Guru mengguna abm yang bersesuaian dan memudahkan pelajar memahami topik yang diajar. Guru juga melibatkan murid secara keselurahan dengan memanggil murid kehadapan dan melakukan aktiviti.Sekiranya guru menggunakan Teknologi kumputer mungkin topik ini akan menjadi lebih menarik

    ReplyDelete
  2. Rancangan Pengajaran Harian Makro


    Mata pelajaran : Matematik
    Tahun : 4
    Bidang pembelajaran : Piktograf
    Hasil pembelajaran : Melukis piktograf
    Masa : 30 minit
    Pendekatan : PENDEKATAN KONSTRUKTIVISME





    a) Penentuan Hasil Pembelajaran
    Melukis piktograf yang mewakili satu atau lebih unit.


    b) Konsep
    Untuk melukis piktograf, murid perlu mengenalpasti perwakilan data.


    c) Objektif
    Selepas aktiviti pengajaran murid-murid boleh:
    • Melukis piktograf yang mewakili satu atau lebih unit.


    d) Alatan:
    Kertas majong, gambar buah-buahan , warna pensel


    e) Bahan bantu mengajar yang kreatif.
    • Kad simbol
    • Jadual piktograf tak lengkap
    • Jadual data



    6. Proses Pengajaran dan Pembelajaran

    Set Induksi
    Guru menunjukkan beberapa keping gambar( anggur/ pisang/rambutan/ durian)
    i. Gambar apa yang cikgu tunjukan?
    ii. Siapa suka makan buah ……….?

    Langkah 1

    a) Guru menyediakan 4 buah meja
    guru melebelkan papan tulis dengan buah-buahan
    (anggur/ pisang/rambutan/ durian)

    b) Murid diminta untuk beratur mengikut buah yang mereka suka makan.

    c) Murid yang berada dihadapan barisan diminta mengira berapa bilangan murid
    yang ada di dalam barisan dan merekodkan di dalam jadual yang disediakan.
    Contoh :
    Buah- buahan Bilangan murid
    anggur
    Pisang
    Rambutan
    Durian

    d) Guru menyediakan sebuah piktograf kosong dan kad simbol .
    Contoh piktograf kosong:
    Jenis Kenderaan ke Sekolah




    anggur pisang rambutan durian

    Mewakili 1 orang murid.

    e) Setiap murid diminta untuk melekatkan kad simbol di piktograf kosong mengikut
    jenis kenderaan masing-masing.

    f) Guru menerangkan mengenai piktograf yang telah dibina.


    Langkah 2

    a) Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan kecil.

    b) Guru menyediakan beberapa jadual data yang berbeza kepada murid.

    c) Murid diminta membina piktograf berdasarkan perwakilan data yang diberi.


    Langkah 3

    a) Setiap kumpulan membentang hasil kumpulan mereka.


    Penilaian

    a) Guru memberi latihan kepada murid.

    b) Guru membincangkan jawapan dengan murid.

    c) Contoh : sila rujuk buku teks m/s 219.

    ReplyDelete
  3. Pengajaran makro Matematik Tahun 4
    Topic : Piktograf
    Langkah pengenalan.

    Kelebihan
    Semasa pengajaran dan pembelajaran langkah pengenalan terdapat kelebihan yang menbantu dalam mencapai objektif pengenalan sesuatu pengajaran sebelum kita membuat penerang tentang isi pelajaran. Di antaranya ialah pemulaan pengajaran saya telah menggunakan bahan pengajara yang sedikit sebanyak boleh menarik perhatian pelajar dengan menayang gambar berwarna. Selai n itu peng libatan pelajar juga amat mengalakkan. Keadaan kelas dalam keadaan terkawal.
    Kelemahan
    Masih terdapat kelemah yang terdapat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran yang telah saya buat iaitu tentang persediaan semasa menggunakan alat bantu mengajar kerana tidak terurus dan sedikit sebanyak mengganggu pengajaran. Selain daripada itu teknik penyoalan yang tidak mengguna teknik yang betul. Kelemahan teknik penyoalan adalah banyak tertumpu kepada kelas sahaja. Alat bantu mengajar yang saya guna ada kelemahan kerana ia tidak dikhususkan dan tidak dapat di lihat jelas oleh pelajar.

    Langkah mengatasi
    Bagi mengatasi kelemah tersebut saya perlu menyediakan bahan yang lebih menarik seperti gambar berwarna yang jelas dan lebih khusus. Bahan perlulah disediakan dengan lebih baik dan tidak mengganggu pengajaran. Selain daripada itu saya perlu menggunakan teknik penyoalan yang betul dan tepat agar tujuan dan objektif tercapai.

    ReplyDelete