Saturday 26 November 2011

Mari kita lihat beberapa teknik untuk memahami bentuk sesuatu sifir itu

. Konsep Tambah Berulang

Pada asas nye.. sifir itu adalah singkatan kepada penambahan berulang. Apabila suatu no itu di tambah berulang kali seperti
2+2+2+2 = 8

maka ia boleh kita singkat kan dengan menukarkannya ke dalam bentuk konsep darab iaitu terdapat 4 kali angka 2
4 x 2 = 8




Oleh itu, kita dapat membina sifir itu dengan menggunakan kemahiran tambah. sebagai contoh, di atas ini ditunjukkan cara bagaimana sifir 2 itu terhasil dengan menggunakan tambah berulang-ulang.

Begitu juga sekiranya jika kita ingin membina sifir-sifir yang lain. Seseorang yang mempunyai kemahiran tambah yang hebat boleh membina apa jua sifir yang diinginkan.



2. Manambahkan Sifir





Sifir juga boleh dibina sekiranya kita hafal sifir yang sebelumnya. Sebagai contoh, sifir 6 boleh dibina sekiranya kita tahu sifir 5
Cuba lihat bentuk di atas. Hanya menambahkan angka 1 hingga 9 pada sifir 5, kita boleh perolehi sifir 6. Hebat bukan? Ini bermakna sekiranya kita tidak menghafal sesuatu sifir itu, kita masih boleh membina sifir itu sekiranya kita hafal sifir sebelumnya. sebagai contoh, sifir 4 itu boleh kita bina dari sifir 3. 


3.Mendarabkan sifir

Sesuatu sifir itu datangnye dari sesuatu sifir yang lain. Sebagai contoh, sifir 4 itu datangnye dari sifir 2. Apabila sifir 2 itu di darab dengan 2, maka kita akan perolehi sifir 4. Cuba lihat..


Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa sifir 8 itu diperolehi apabila sifir 4 di darab dengan 2, sifir 6 diperolehi apabila sifir 3 di darab dengan 2, dan sifir 9 diperolehi apabila sifir 3 didarabkan dengan 3

4.Memahami Bentuk Sifir Itu

Sifir 5 merupakan sifir yang paling difahami bentuknya oleh murid-murid. Sifir 5 juga boleh kita lihat pada permukaan jam (minit). Kerana itu lah, kita tidak menghadapi masalah untuk menghafal sifir 5. Bagaimana pula sifir- sifir yang lain?

cuba lihat no ini.. disusun mengikut turutan, nampak biasa bukan?
1 2 3 4
5 6 7 8
sebenarnye kita tak perasan bahawa ada sifir di dalamnya.. cuba lihat..
12 = 3 x 4
56 = 7 x 8
terfikir atau tidak?
hampir 90% murid kita tidak menghafal sifir 7x 8. Dengan sedikit ilmu pengetahuan tentang bentuk sifir, kita dapat mengatasi masalah ini 100%!!

Sifir 9 juga mempunyai bentuknya sendiri. Dengan menyusun angka dari 1 hingga 9, kita boleh memperolehi sifir 9. Cuba lihat di bawah ini..





Kita juga boleh menggunakan teknik yang sama untuk menghafal sifir 8. Cuba lihat di bawah ini..


Dengan menyusun angka 0 hingga seterusnya tetapi bagi nombor gandaan 4 ditulis sebanyak dua kali pada sebelah kirinya, manakala di sebelah kanan pula disusun nombor 8,6,4,2,0 secara berulang-ulang, maka kita akan memperolehi sifir 8 tanpa terhad..